Hai adik-adik semua ...
Buat pertama kalinya, Kak Irah nak berkongsi dengan adik-adik semua tentang haiwan-haiwan ternakan. Adik-adik semua ada kampung tak? Kalau ada kampung, mesti biasa tengok haiwan-haiwan ternakan, tak kiralah siapa yang punya. Bagi yang takde kampung, janganlah risau ya. Kak Irah dah sediakan gambar-gambar menarik untuk adik-adik tengok nanti tau. Sebelum tu, mari kita dengar lagu Anak Ayam dulu. Jom, kita nyanyi sama-sama ok !
Bagaimana ? Seronok tak dapat menyanyi bersama dengan Kak Irah ? Nanti ajak sekali ibu, ayah, kakak dan abang adik-adik semua, menyanyi bersama-sama dengan adik-adik.
Baiklah, sekarang mari kita belajar mengeja dan membaca berdasarkan gambar-gambar yang Kak Irah berikan. Mula-mula, Kak Irah nak adik-adik semua sebut dulu gambar yang diberikan, kemudian barulah eja. Boleh kan ? Mari kita tengok gambar yang pertama dulu.
Gambar seterusnya .
Bagi yang sudah menguasai perkataan di atas, Kak Irah mengucapkan tahniah. Sekian sahaja untuk kali ini, nanti kita akan berjumpa lagi di dalam 'kelas' yang akan datang. Jumpa lagi.